Penyertaan Zool Amali, Dayangku Intan signal baik untuk PRN
Iklan
Khairil Nizam
SHAH ALAM - Penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin dan penyanyi, Dayangku Intan ke dalam Pas pada Sabtu disifatkan sebagai satu signal atau petanda baik kepada persiapan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.
Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia juga menandakan sejarah yang bakal membawa gelombang kebangkitan di kawasan selatan.
Iklan
Iklan
"Syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin bersama rakan-rakan yang secara rasminya telah menyerahkan borang keahlian kepada Pas kawasan Seremban semalam (17 Disember).
"Untuk rekod, sebelum ini Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Iklan
"Zool Amali juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Seremban,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.
Pada Sabtu, Zool Amali mengumumkan meletakkan jawatan dan menyertai Pas.
Iklan
Beliau turut menyerahkan 50 borang keahlian baharu Pas dan turut menyertai parti Islam itu, Dayangku Intan.
Dalam pada itu, Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, tiga lagi cawangan Pas baharu dijangka ditubuhkan di Lenggeng berikutan kemasukan Zool Amali atau lebih dikenali dengan nama Bozz Jebat itu.
"Kepada rakyat Malaysia di luar sana, jom sertai Pas. Kita bersama-sama membawa gelombang kebangkitan rakyat atas nama perpaduan ummah,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu"><meta itemprop="description" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T06:26:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P23S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd833m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd833m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd833m"></script>