KUALA LUMPUR - Jenazah seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih di sini pada 10 malam tadi.
Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata, jenazah Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh di sini.
Siti Esah berkata, Allahyarham merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong.