Tanah runtuh: KPDN tawar bantuan sukarelawan, makanan

Iklan
Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu dan diberi rawatan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL). - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi Jumaat.

"Bantuan diberikan serta-merta bagi membantu kelancaran operasi pasukan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum ditemui," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas merasmikan Ops Terjah KPDN di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Maklumat awal pihak polis menyebut terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

Berdasarkan laporan sehingga 11 pagi, 60 orang dilaporkan selamat manakala sembilan mangsa terkorban dalam insiden itu.

Iklan

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.

"Kita berdoa semoga pasukan penyelamat akan dapat menjalankan tugas mereka dan mudah-mudahan mereka yang terperangkap akan dapat diselamatkan,” kata Salahuddin. - Bernama

Iklan