SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah menerusi platform-platform komunikasi rasmi agensi itu kelak.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, setelah tarikh pengeluaran surat tawaran itu diumumkan, bakal haji Malaysia bagi musim haji 1444H/2023M boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran haji telah dikeluarkan.