4 ahli Parlimen Sabah akan maklum kepada Speaker

Iklan
Masidi Manjun

KOTA KINABALU - Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memaklumkan mengenai kedudukan mereka kepada Speaker Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beliau yakin empat ahli Parlimen yang bertanding di bawah tiket GRS itu tidak akan terkesan oleh undang-undang Anti Lompat Parti.

Iklan
Iklan

"GRS dan empat ahli Parlimen kami sedar sepenuhnya tentang undang-undang Anti Lompat yang digubal telah berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 sebelum mereka bertanding sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi.

"Mereka akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, jika perlu berhubung kedudukan mereka dan kenyataan akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

Iklan

Sebelum itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin Yassin dalam kenyataannya pada Ahad berkata, kedudukan empat ahli Parlimen Bersatu yang keluar parti akan ditentukan berdasarkan undang-undang Anti Lompat Parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Empat ahli Parlimen itu ialah Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Armizan Mohd Ali (Papar) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).

Iklan

Bagaimanapun Peguam Undang-Undang Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan kedudukan mereka tidak melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan sekali gus tidak akan menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen masing-masing.

Sabtu lalu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa kepimpinan Bersatu Sabah keluar daripada parti, namun kekal dalam gabungan itu.