Terowong SMART ditutup bagi persediaan operasi banjir

Iklan
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang Sabtu.

KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang Sabtu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.

Iklan
Iklan

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel' di Facebook.

Iklan

Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut. - Bernama

Iklan