'Sepertimana kita tak mahu sampah, begitu jugalah rasuah'

Iklan
Hampir 100 pelajar UniKL RCMP menyertai program Hapuskan 'Sampah' Rasuah di Pantai Teluk Senangin pada Sabtu.

MANJUNG - Pentadbiran yang berintegriti dan bebas rasuah menjadi tuntutan rakyat kepada kerajaan baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Rasuah Busters Perak, Prof Madya Dr Hasbullah Ashaari berkata, perkara itu bukan sekadar laungan sebaliknya hasrat besar rakyat yang telah diterjemah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan
Iklan

"Kita amat berharap Perdana Menteri dan barisan menterinya menunjukkan iltizam yang tinggi dalam perkara ini.

Hasbullah

Beliau ditemui ketika program Hapuskan 'Sampah' Rasuah di Pantai Teluk Senangin di sini pada Sabtu.

Iklan

Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut pada 9 Disember setiap tahun.

Hasbullah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Perak berkata, pasukan Rasuah Busters di Perak dalam perancangan mengatur beberapa program dan kempen untuk dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.

Iklan

Katanya, langkah itu antara usaha untuk menanam kesedaran mengenai bahaya rasuah terutama kepada generasi muda agar dapat membina sebuah negara yang sihat.

"Keadaan (rasuah) di Perak ini umumnya samalah dengan di Malaysia. Isu-isunya berkait dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.

"Melihat kepada suasana rasa seperti tenang, tetapi laporan-laporan yang ada perlu diteliti lagi," katanya.

Mu'az

Sementara itu, Pengarah Projek Hapuskan Sampah Rasuah, Mu'az Mohd Farik berkata, hampir 100 pelajar Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) menyertai program berkenaan seawal jam 9 pagi.

Menurutnya, sebagai pelajar, mereka amat berbesar hati diberi pendedahan lebih luas agar dapat memainkan peranan sebagai ejen membantu negara membasmi rasuah.

"Sepanjang aktiviti tadi kita jumpa banyak serpihan kaca, lampin pakai buang, tayar dan botol plastik.

"Bila kita sebut sampah, ia satu simbolik yang besar membayangkan betapa jijiknya rasuah sama ada yang memberi atau mengambilnya.

Peserta terlibat melakukan kutipan sampah di sepanjang Pantai Teluk Senangin.

"Jadi sepertimana kita tak mahu sampah ini ada, begitu jugalah rasuah. Jangan dijadikan satu normalisasi dalam pentadbiran," katanya.