Tanah runtuh: Tiga rumah lagi perlu dikosongkan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang di sini diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak Jumaat di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penghuni di kawasan terlibat telah berpindah, namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, arahan mengosongkan kediaman itu bagi memastikan keselamatan penduduk.

"Polis juga telah membuat kawalan di kawasan sekitar dengan meletakkan sebuah Van Balai Polis bergerak selain mendirikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Iklan

Pada Jumaat, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.

Rumah mereka turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu. - Bernama

Iklan