Banjir: 339 mangsa dipindahkan di Terengganu
Iklan
PPS - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang iaitu melibatkan 91 keluarga pada jam 8 pagi Sabtu berbanding 213 orang dari 58 keluarga pada 4 petang, Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan, tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut bagi menempatkan mangsa banjir.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Kuala Nerus merekodkan jumlah penduduk paling ramai terjejas iaitu 198 orang dan mereka dipindahkan ke dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Bukit Nanas.
"Di Kuala Terengganu, dua PPS telah dibuka iaitu SK Chendering dan SK Atas Tol bagi menempatkan 97 mangsa yang terjejas banjir.
Iklan
"Seramai 30 mangsa melibatkan enam keluarga di daerah Setiu turut dipindahkan dan dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar serta Balairaya Kampung Bukit Mak Som," kata kenyataan itu pada Sabtu
Menurut kenyataan itu, sebuah PPS yang dibuka di daerah Besut iaitu di Surau Taman Perumahan Bukit Cina tidak banyak berubah apabila seramai 14 mangsa dari lima keluarga masih berada di sana.
Iklan
"Keadaan cuaca sekarang adalah hujan di beberapa daerah dan maklumat terkini banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>