KKM teliti semula dasar GEG: Dr Zaliha
Iklan
Dr Zaliha - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang belum diluluskan di Parlimen.
"(Dasar GEG) itu ada baiknya secara umum bagi saya, tetapi saya perlu lihat dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaan itu apabila kita nak sampai ke sesuatu keputusan, kadang-kadang (pelaksanaan) tidak boleh drastik... itu saya akan tengok,” katanya ketika menjadi tetamu di program Bersama Pemimpin terbitan Bernama Radio pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mahu meneruskan pelbagai dasar digubal kementerian itu oleh menteri sebelumnya.
Dr Zaliha berkata, beliau terbuka untuk menerima nasihat dan cadangan daripada bekas menteri-menteri kesihatan dan pemegang taruh dalam menerajui kementerian itu.
Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara amnya.
Rang undang-undang berkenaan antaranya bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lepas, tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>