Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi
Iklan
WASHINGTON - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi, susulan syor imuniti oleh pentadbiran Joe Biden, menurut memorandum pandangan.
Hakim Mahkamah Daerah Columbia, John Bates pada Selasa menolak tuntutan terhadap putera mahkota dan dua defendan lain selepas pentadbiran Biden mengesyorkan imuniti, lapor Sputnik.