850 banduan bekerja di Kelantan
Iklan
Mat (kanan) melihat produk penjara iaitu batik yang dijual di Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional We Care Peringkat Penjara Kelantan pada Rabu.
KOTA BHARU - Seramai 850 banduan di empat penjara di negeri ini bekerja dalam pelbagai industri melalui program Corporate Smart Internship (CSI) bermula Januari tahun ini hingga sekarang.
Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, mereka terdiri daripada banduan yang sedang menjalani Sistem Parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) yang antaranya bekerja dalam bidang mekanikal serta spa.
Iklan
Iklan
"Orang Diparol dan Orang Banduan Berlesen dengan jumlah semasa seramai 280 orang ketika ini bekerja di 21 syarikat di negeri ini yang mengadakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia.
"Mereka menerima gaji minimum oleh majikan yang turut menyediakan tempat tinggal seperti diluluskan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya ketika ditemui pada Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional We Care Peringkat Penjara Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa di sini pada Rabu.
Iklan
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan), Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.
Mat berkata, CSI yang bermula pada 2008 itu menetapkan syarat kelayakan banduan bekerja antaranya bukan mereka yang dikenakan hukuman mati atau tahanan reman.
Iklan
"Setakat ini, kadar residivis (banduan melakukan jenayah berulang kali) dalam kalangan peserta CSI hanya 0.4 peratus berbanding jumlah 15 peratus banduan yang tidak menyertai program ini.
"Ketika ini juga ada 50 lagi majikan termasuk daripada industri perladangan dan pengilangan yang berada dalam senarai menunggu untuk menjalin kerjasama dengan pihak penjara bagi menggaji banduan,” katanya.
Menurut beliau, pada 2030, penjara menyediakan 300 peluang kerja kepada banduan di negeri itu.
Sementara itu, Tuan Zainal yang juga Ahli Lembaga Pengarah Penjara Kelantan, berkata, dasar dua per tiga penghuni penjara berada di luar dan menjalani pemulihan dalam komuniti akan dapat mengurangkan kesesakan penjara.
"Peratusan residivis juga dapat dikurangkan apabila banduan diberi keyakinan untuk berada di dalam komuniti dan kembali kepada masyarakat selepas selesai menjalani hukuman.
"Masyarakat juga perlu diberi kesedaran untuk membantu banduan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas insaf,” katanya.
Untuk rekod, Kelantan mempunyai empat penjara iaitu Penjara Satelit, Pasir Mas, Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Koreksional Machang dan Pusat Reintergrasi Penghuni Kuala Krai.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.