Kelulusan RM7 bilion projek tebatan banjir tidak teratur

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beberapa kelulusan mutakhir RM7 bilion projek tebatan banjir dibuat secara tidak teratur.

Menurutnya, arahan untuk tidak meneruskan dan meneliti semula projek itu telah dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, alasan membantu menyegerakan projek tebatan banjir dengan tidak mematuhi peraturan adalah amat dikesalkan.

"Ia umpamanya mencari kesempatan," katanya menerusi sidang akhbar selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kewangan di bangunan Perbendaharaan, dekat sini.

Iklan

Ketibaan beliau jam 7.57 pagi disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, CEO Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Awang Adek Hussin.

Iklan

Pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga tahun 2030 sebagai strategi jangka panjang negara menghadapi perubahan iklim.

Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tahun 2023 sebahagian besar projek akan dijalankan dengan anggaran RM700 juta.

Antara projek utama digerakkan termasuklah pertama pelaksanaan Projek Empangan Sabo bernilai RM562 juta di 46 lokasi seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur seperti tragedi banjir di Baling, Kedah.

Selain itu, pembinaan Kolam Takungan Dwifungsi bernilai hampir RM2 bilion melibatkan jajaran di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Rasau, Selangor sebagai strategi serampang dua mata mengatasi masalah banjir dan sumber pembekalan air mentah.

Dalam pada itu, Anwar menzahirkan penghargaan kepada pegawai kanan Kementerian Kewangan yang tidak bersetuju dengan kelulusan tersebut.

"Saya ucap terima kasih pegawai kanan kementerian kerana bersama (tidak setuju projek secara rundingan terus). Mereka juga tidak selari dengan maksud ini tetapi pada ketika itu mereka mengikut arahan,” katanya.