Bincang segera isu UEC: Rais
Iklan
PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara disaran segera mengadakan mesyuarat bagi meneliti isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dibangkitkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), baru-baru ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator Aknan Ehtook itu perlu meneliti secara mendalam dan membuat perbandingan percanggahan antara cadangan yang dikemukakan persatuan itu dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961.