Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Iklan
Mohd Khairuddin
SHAH ALAM - Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meminta Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti 'bernostalgia' apabila gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Jelasnya, gabungan itu hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan yang memerlukan jumlah majoriti sebanyak 112 kerusi.
Iklan
Iklan
"Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini bersama PN kerana menyangkakan BN bersedia untuk menyokong.
"Apabila menyedari bahawa ia adalah sokongan sebahagian individu wakil rakyat BN yang 'dicuri' dari pintu belakang, mereka beralih sokongan kepada PH dan BN," katanya di Facebook pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini media melaporkan Pas menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia kerana tiada parti yang mempunyai kerusi cukup untuk membentuk kerajaan
Iklan
Mohd Khairuddin berkata, sekiranya PN masih belum berpuas hati maka pada tarikh 19 Disember menunggu mereka untuk mengusulkan sesuatu di Parlimen nanti.
"Sementara itu terimalah keputusan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini.
"Jika masih mahu menubuhkan kerajaan pujuklah BN menerusi pintu depan lalu akan diikuti oleh GPS dan GRS, namun berbangkit persoalan bolehkah kerajaan tersebut stabil atau mengulangi pergolakan 2020 hingga 2022?" soal beliau.
Dalam pada itu, walaupun ada yang mendakwa Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan minoriti, namun beliau melihat sebaliknya.
"Tidakkah dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Barisan Nasional dan Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili GPS sebagai Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kerajaan ini mempunyai angka 82, 30 dan 23 sekali gus menjadikan jumlah sebanyak 135 ahli Parlimen.
"Apabila dilantik lagi menteri mewakili GRS menjadikan jumlah semua sebanyak 141 kerusi. Itu belum dikira Parti Warisan (tiga); Parti Bangsa Malaysia (satu); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu) dan Bebas (dua). Maka semuanya 148 ahli Parlimen, telah mencapai dua pertiga majoriti," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor diadakan awal demi bebaskan Najib - Anwar"><meta itemprop="description" content="Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan awal semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786563/berita/politik/prn-johor-diadakan-awal-demi-bebaskan-najib---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-06T06:02:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalyyiq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalyyiq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalyyiq"></script>