Ibu Nik Nazmi meninggal dunia, sebulan selepas pemergian bapa

Iklan
Hantaran poster belasungkawa dimuat naik Rafizi di Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi Nik Ahmad sekali lagi berdepan episod duka kehilangan insan tersayang apabila ibunya, Nik Rahimah Nik Mahmood, 86, meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarham Nik Rahimah dikongsikan oleh pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi satu hantaran terbaharu di Facebook.

Iklan
Iklan

Rafizi turut menzahirkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi dan seluruh ahli keluarga selain mendoakan agar diberi kekuatan menghadapi kehilangan ibu tercinta.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi dan seluruh keluarga beliau atas pemergian bonda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

Iklan

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Nik Nazmi sekeluarga diberi kekuatan serta ketabahan,” katanya pada Ahad.

Menerusi hantaran sama, Rafizi berkongsi poster ucapan takziah yang memaparkan gambar kenangan Nik Nazmi bersama keluarganya dengan latar warna hitam dan putih.

Iklan

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pemergian dan urusan pengebumian Allahyarhamah tidak dinyatakan dalam hantaran berkenaan.

Pada 14 Oktober lalu, Nik Nazmi kehilangan bapanya, Nik Ahmad Nik Hassan yang meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Difahamkan, Allahyarham Nik Ahmad merupakan bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978.