'Tunggu sahaja PM umum barisan kabinet'

Iklan
Salahuddin

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan yang dijangka diumumkan pada Jumaat.

Salahuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, pihaknya percaya Perdana Menteri akan membuat pilihan yang terbaik sebelum mengumumkan barisan kabinet kali ini.

Iklan
Iklan

"Tunggu sahaja pengumuman Perdana Menteri esok (Jumaat).

"Lagi pun, saya sebenarnya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini kerana bagi saya biarlah ia ditentukan oleh Perdana Menteri sendiri.

Iklan

"Saya juga percaya, Perdana Menteri akan membuat keputusan terbaik dengan memilih individu terbaik dalam kalangan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Tampoi bagi meninjau keadaan rumah serta gerai yang mengalami kerosakan akibat ribut, Rabu lalu.

Iklan
Berhubung kejadian ribut di kawasan Tampoi terutamanya di Kampung Pasir, Salahuddin berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Norazam berhubung insiden berkenaan.

"Dimaklumkan terdapat 20 hingga 30 rumah termasuk gerai-gerai yang terjejas akibat atap diterbangkan ribut.

"Kita telah maklumkan kepada Datuk Bandar dan kita juga diberikan token (sumbangan), tapi tak banyaklah.

"Sebagai Ahli Parlimen, saya juga akan suarakan segera permintaan khas kepada Perdana Menteri mengenai perkara-perkara kecemasan seperti ini," katanya.