SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew pada Khamis membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor susulan kekeliruan mengenai projek penebangan bakau melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
"Saya ingin meminta maaf kepada Ketua Pembangkang (Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) kerana pada sesi lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau.