LRT Kelana Jaya tergendala, komponen disambar petir

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Transit Ringan (LRT) Kelana Jaya tergendala disebabkan gangguan teknikal yang berlaku jam 5.46 petang pada Selasa.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pengguna yang terjejas.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, gangguan tersebut berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang teraktif secara tiba-tiba disyaki telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi.

Tambah kenyataan itu, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual susulan kejadian itu.

Iklan

"Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform yang berlaku di beberapa stesen.

"Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni," kata kenyataan itu.

Iklan

Ujar kenyataan itu, kakitangan operasi dan polis bantuan telah ditempatkan di platform bagi membantu orang ramai.