Ribut petir dijangka landa seluruh negara selama tiga hari
Iklan
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula Isnin.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, ribut petir dijangka berlaku petang Isnin di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan).
Iklan
Iklan
Pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Sabah (Pedalaman) dan Labuan.
Selain itu, ribut petir dijangka berlaku pagi Selasa di Sabah (Sandakan dan Kudat) selain hujan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Pulau Pinang (kawasan pantai), Negeri Sembilan (kawasan pedalaman) dan beberapa kawasan di Sarawak.
Iklan
Sementara itu, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu di Sarawak dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) pula dijangka hujan malam Selasa.
Pada Rabu, MetMalaysia menjangka berlaku ribut petir di satu dua tempat di Tawau, Sabah selain hujan di beberapa kawasan di Sandakan dan Kudat, Kelantan, Terengganu, Pahang, kawasan pantai Pulau Pinang dan kawasan pedalaman Johor.
Iklan
Pada sebelah petang Rabu pula ribut petir dijangka berlaku di seluruh Semenanjung selain hujan di Terengganu dan Kelantan manakala pada waktu malam ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman Pahang dan Sabah.
Hujan juga diramal pada waktu malam di seluruh Semenanjung kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah (Tawau, Sandakan, Kudat) dan Labuan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>