Korea Utara ikrar jadi negara kuasa nuklear paling berkuasa

Iklan
Kim Jong-un (kanan) dan anak perempuannya (kiri) bergambar dengan anggota tentera yang menyumbang kepada pelancaran peluru berpandu di Korea Utara. - AFP

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata negaranya berhasrat memiliki pasukan kuasa nuklear terbesar di dunia pada satu hari nanti.

Hasrat tersebut disuarakan ketika beliau meraikan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang baharu sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya.

Iklan
Iklan

Jong-un turut menyerahkan kenaikan pangkat lebih 100 pegawai dan saintis kerana tugas mereka mereka cipta peluru berpandu Hwasong-17 yang digelar 'peluru berpandu raksasa' yang mana penganalisis percaya ia mampu tiba di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, saintis Korea Utara telah melakukan kemajuan mengagumkan dalam pembangunan teknologi kepala nuklear peluru berpandu balistik, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Iklan

"Justeru, pegawai dan saintis telah menunjukkan kepada dunia bahawa matlamat Pyongyang untuk membina tentera terkuat di dunia," kata Jong-un.

Dalam pada itu, Hong Min dari Institut Penyatuan Kebangsaan Korea berkata, tindakan Pyongyang mendedahkan ujian peluru berpandu Hwasong-17 bertujuan meningkatkan status sebagai kuasa nuklear terulung di dunia.

Iklan

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan puluhan resolusi yang mengenakan sekatan ke atas Korea Utara berhubung aktiviti nuklear peluru berpandunya. - AFP