Ahli Parlimen Sekijang usaha percepat bantuan mangsa ribut
Iklan
Dr Zaliha melakukan tinjauan di rumah penduduk yang rosak dipukul ribut di Felda Redong, Segamat.
SEGAMAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak Felda sedang mengenal pasti anggaran kerosakan dialami lebih 50 buah rumah di Felda Redong di sini akibat dipukul ribut pada Khamis.
Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya turut menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi mendapatkan bantuan segera yang boleh disalurkan untuk meringankan beban mangsa.
Iklan
Iklan
"Saya amat berbesar hati dengan agensi lain yang turut serta memainkan peranan masing-masing. Dalam masa yang terdekat ini Pejabat Ahli Parlimen Sekijang akan mengaturkan pertemuan dengan semua agensi yang terlibat.
"Ini untuk berbincang agar segala birokrasi dapat dikurangkan demi mempercepatkan bantuan sampai kepada mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Antara rumah yang rosak bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Felda Redong, Segamat, pada Khamis.
Dalam kejadian yang berlaku jam 3.30 petang, Khamis, lebih 50 rumah penduduk rosak selepas bumbung diterbangkan angin kencang termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Redong 3.
Kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan beberapa buah kereta yang diletakkan di garaj selepas dihempap kayu dan zink.
Iklan
Dr Zaliha berkata, menerusi tinjauan dilakukan di rumah mangsa, tahap kemusnahan dan peralatan rumah dialami berbeza-beza.
Pada masa samam beliau bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
"Pasukan Pakatan Harapan Sekijang telah lebih awal turun ke lapangan untuk meninjau suasana dan menghulurkan bantuan awal," ujar beliau.
Dr Zaliha bertemu dengan seorang mangsa ribut selepas melakukan tinjauan di rumah penduduk yang rosak akibat ribut di Felda Redong, Segamat, pada Khamis.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.