Pasar Payang baharu beroperasi Mei tahun depan
Iklan
Lokasi popular pelancong ke Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang yang dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung akan dibuka kepada umum pada Mei 2023. - Foto MBKT
KUALA TERENGGANU – Lokasi popular pelancong ke Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang yang dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung akan dibuka kepada umum pada Mei tahun hadapan.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, projek pembangunan pasar tumpuan utama masyarakat itu yang dimulakan pada tahun 2018 kini sudah berada pada tahap kemajuan 90 peratus.
Iklan
Iklan
"Projek ini sudah berada di peringkat akhir dengan 10 peratus kemajuan lagi melibatkan kerja-kerja ‘finishing’ termasuk penyediaan landskap yang cantik, kemasan longkang, cat, pencahayaan dan lain-lain lagi.
"Selepas beberapa kali tempoh dilanjutkan, insya-ALLAH orang ramai akan dapat menikmati suasana membeli-belah di Pasar Payang berwajah baharu pada Mei depan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Iklan
Projek pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang melibatkan kos sebanyak RM69.3 juta dijadualkan siap sepenuhnya pada 29 Mac sebelum peniaga yang kini ditempatkan di pasar payang sementara berpindah ke sana.
Pasar baharu yang dibangunkan di tapak asal Pasar Payang itu mempunyai 418 lot niaga meliputi perniagaan batik dan sutera, makanan kering dan produk tradisional Terengganu seperti keropok serta barang basah.
Iklan
Selain lot perniagaan lebih selesa, ia turut dilengkapi fasiliti seperti pendingin hawa, lif penumpang, tandas, eskalator dan bilik persalinan bayi.
Menurut Rosli, antara tarikan lain yang terdapat di sana nanti adalah sebuah menara jam turut dibangunkan semula untuk membangkitkan nostalgia jam besar di pintu masuk Pasar Payang lama sekitar 50 tahun lalu sebelum ia dirobohkan.
Beliau berkata, kerajaan negeri berharap Pasar Payang baharu akan memberi lebih banyak manfaat kepada peniaga dan pengunjung sekali gus dapat memacu perkembangan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.
"Proses transformasi ini akan menjadikan Pasar Payang lebih cantik dan beri keselesaan buat semua pihak. Semoga Pasar Payang terus menjadi destinasi ikonik yang menjadi tempat wajib singgah bila datang ke Terengganu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>