Elaun ketua kampung Selangor naik kepada RM1,500 sebulan
Iklan
Infografik mengenai kenaikan elaun ketua kampung di Selangor daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mencadangkan penyelarasan elaun Ketua Kampung tradisi, ketua kampung baru/bagan serta ketua komuniti India (KKI) daripada RM1,200 sebulan kepada RM1,500 sebulan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan tambahan sebanyak RM1.843 juta pada tahun depan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kadar elaun baharu itu bermula pada Januari tahun sama dan berharap peningkatan elaun Pengerusi Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan KKI memberi kualiti perkhidmatan terbaik dan seterusnya melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan efisien dan penuh integriti.
"Ini sekali gus diharap membantu kerajaan negeri mencapai matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negeri," katanya semasa berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Jumaat.
Iklan
Menurut beliau, peningkatan kadar elaun itu selaras dengan bebanan tugas, kos sara hidup semakin meningkat serta cabaran rumit yang dihadapi di kawasan komuniti masing-masing terutamanya sewaktu bencana dan endemik.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>