KUALA LUMPUR - Sokongan luar biasa rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Rakyat Umum ke-15 (PRU15) membuktikan bahawa aspirasi perjuangan, jenama dan hala tuju gabungan itu diterima baik rakyat pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda.
Justeru itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyeru penyokong serta jentera parti terus istiqamah berpegang teguh kepada asas perjuangan parti demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.