KUALA LUMPUR - Polis tidak menerima sebarang permohonan permit daripada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan akan menuju dan berhimpun di Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, bagaimanapun pihaknya akan terus memantau keadaan keselamatan di ketiga-tiga pintu masuk ke Istana Negara.