PRU15: Padang Serai kekal saingan enam penjuru

Iklan
Dari kiri: Mohamad Sofee; Sivarraaj; Azman; Hamzah dan Sreanandha Rao ketika selesai proses penamaan calon Parlimen Padang Serai pada Khamis.

KULIM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru kekal dengan hanya calon Pakatan Harapan (PH) menyertai proses penamaan calon pada Khamis.

PH menamakan peguam, Dr Mohamad Sofee Razak yang juga Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan Setiausaha PH Kedah sebagai calon.

Iklan
Iklan

Lima lagi calon yang kekal bertanding antaranya, Datuk C Sivarraajh (BN); Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Bagaimanapun, calon Warisan dimaklumkan tidak hadir pada proses penamaan pada Khamis namun pencalonan beliau tetap diterima.

Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Parlimen Padang Serai kepada 7 Disember depan selepas calon PKR, M Karupaiya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 November iaitu tiga hari sebelum PRU15.

Karupaiya yang juga merupakan penyandang Parlimen Padang Serai menang pada PRU14 dengan majoriti 8,813 undi mengalahkan Dr Leong Yong Kong (MCA) dan Muhammad Sobri Osman (Pas).

Iklan