'Jadi kerajaan perpaduan bukan bermakna jual prinsip parti'

Iklan
Azalina Othman

SHAH ALAM - Menjadi sebahagian kerajaan perpaduan tidak bermakna perlu menjual prinsip dan dasar sesebuah parti.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebaliknya mereka boleh bersetuju dengan manifesto bersama.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, setiap parti boleh memasukkan seluas mungkin janji di dalam manifesto tersebut.

"Pembentukan kerajaan yang merangkumi parti dan gabungan berbeza boleh dilihat sebagai gabungan besar dan disifatkan 'Gabungan-Pasca PRU15'," ujarnya menerusi Twitter pada Rabu

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan perpaduan demi negara dan rakyat.

Seri Paduka Baginda juga menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian kerajaan baharu.

Iklan

Tambah Azalina, terdapat beberapa varian perpaduan politik lain antaranya kerajaan majoriti kuat dengan pembangkang bertanggungjawab atau kerajaan minoriti.

"Kini terpulang kepada parti politik untuk mengenepikan agenda peribadi dan perbezaan demi mengutamakan rakyat sekaligus sebagai tanda penghormatan kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

"Seri Paduka Baginda telah menitahkan segera menyelesaikan krisis politik yang menyebabkan Parlimen tergantung dengan penubuhan kerajaan perpaduan," jelasnya.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas titah penyelesaian itu yang jelas mendahulukan rakyat dan menggalakan kerjasama antara bangsa, agama dan daerah.