BN mohon tangguh menghadap Agong
Iklan
Sin Woon
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] BN akan memohon perkenan untuk menangguhkan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi Rabu.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, BN juga masih kekal dengan pendirian dibuat sebelum ini untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
Iklan
Iklan
"Kita mengekalkan keputusan pagi hari ini (Selasa) untuk tidak memihak kepada sesiapa.
"Jadi, terpulanglah kepada Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk memaklumkan kepada tuanku,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat UMNO pada Selasa.
Iklan
Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat BN menghadap secara individu pada jam 10.30 di Istana Negara pagi Rabu.
Sin Woon ketika ditemui pemberita di ibu pejabat UMNO pada Selasa.
Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.
Iklan
Sin Woon dalam masa sama menambah, tiada sebarang akuan berkanun (SD) yang ditandatangani oleh 30 ahli Parlimen BN.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup turut memaklumkan bahawa permohonan itu sudah dihantar kepada Istana Negara malam ini.
Beliau berkata, beberapa perkara masih diteliti sebelum sebarang keputusan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri ke-10.
"Kita akan buat keputusan selepas perundingan namun beberapa perkara masih belum selesai (mengenai sokongan calon Perdana Menteri ke-10),” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil