Mohd Shukri angkat sumpah sebagai MB Perlis

Iklan
Mohd Shukri (kiri) menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

ARAU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 hari ini.

Mohd Shukri, 61, menerima watikah pelantikan daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Bilik Hijau, Istana Arau pada 4 petang.

Iklan
Iklan

Berangkat sama pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin memberi perkenan pelantikan Mohd Shukri berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Iklan

Pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu sebagai Menteri Besar dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PN yang menyerah watikah lantikan pada Ahad lepas sebelum mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin semalam.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis adalah ADUN Sanglang selama tiga penggal berturut-turut sejak 2013.

Iklan

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri selain menyapu bersih tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar pada Pilihan Raya Umum ke-15. - Bernama