Angkat sumpah Exco Perak esok

Iklan
Saarani Mohamad

KUALA KANGSAR - Majlis mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Perak akan dilaksanakan pada Selasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, majlis tersebut akan diadakan pada jam 11.30 pagi.

Saarani berkata, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri manakala tujuh lagi exco daripada Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Pada Isnin, BN dan PH bergabung membentuk kerajaan negeri Perak selepas mendapat majoriti 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Iklan

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi 26 kerusi DUN diikuti 24 kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) manakala BN hanya memenangi sembilan kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun tidak ada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah 30 kerusi membentuk kerajaan.