PRU15: Sentimen media faktor tarik pengundi muda, atas pagar
Iklan
Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh
SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan bahawa sentimen media menjadi faktor utama kejayaan parti-parti bertanding menarik sokongan anak muda dan pengundi ‘atas pagar'.
Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, terdapat dua sentimen dapat dilihat di media iaitu siapa menjadi Perdana Menteri dan sentimen siapa paling menguasai media ketika itu.
Iklan
Iklan
"Sejak dua minggu ini Perikatan Nasional (PN) mendahului 69 peratus, Pakatan Harapan (PH) 62 peratus manakala Barisan Nasional (BN) jauh ke belakang.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk 'Siapa Sangka Siapa Duga' yang dikendalikan hos Fahiz Ariff.
Iklan
Program itu disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Ahad turut menampilkan Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Martada Mohamed.
Beliau menambah undi BN dalam kalangan pengundi Melayu telah beralih kepada PN pada pilihan raya kali ini.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berpandangan BN tidak boleh kalah pada pilihan raya ini kerana ia akan menyebabkan suatu masalah besar.
"Apabila mengambil risiko membubarkan parlimen dalam keadaan pakatan koalisi lain tidak bersetuju, itu risiko cukup besar dan terbukti ia telah memakan tuan.
”Ini sebenarnya saya rasa rakyat melihat kepada ketidakpuasan hati, bubarkan begitu dengan waktu itu bangkit tentang isu banjir dan sebagainya sekali gus menyebabkan respons rakyat ke arah menolak sebahagian besar calon-calon BN,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>