Bomba bantu 260 penduduk terkandas banjir keluar mengundi

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang hari ini, membantu membawa keluar lebih 200 penduduk kampung di Kuala Lipis dan Pekan dekat sini untuk mengundi selepas laluan keluar kampung tersebut dinaiki air.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang Zulfadli Zakaria berkata, 240 pengundi di Kampung Binjai, Kuala Lipis dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir.

Iklan
Iklan

Sementara di Pekan, bantuan melibatkan 20 penduduk di Kampung Mentiga yang terkandas selepas jalan di kampung itu tidak selamat untuk dilalui.

"Operasi membawa penduduk di kedua-dua kampung itu juga melibatkan bantuan daripada pasukan penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini, sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama

Iklan