Polis nafi berlaku 'power trip' di pusat undi SJKC Kepong

Iklan
Eng Lai - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata sebaliknya, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

"Kami mendapati set generator yang digunakan rosak pagi ini tetapi keadaan itu berjaya dibaik pulih," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang provokasi berlaku semasa kejadian.

Iklan

Sementara itu, TNB Careline menerusi kenyataan dalam Facebook memaklumkan, siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan masalah pendawaian dan gangguan sistem bekalan melalui jana kuasa mudah alih di pihak pengguna.

"TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang proses pengundian ini selesai,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai kejadian power trip hampir satu jam di pusat pengundian itu dan pengundi terpaksa mengundi dalam gelap. - Bernama