Permintaan MA63: PM ikhlas kembalikan status Sabah, Sarawak, kata Abang Johari
Iklan
KUCHING - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memang ikhlas mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama rata dengan Semenanjung berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Bagaimanapun, beliau berkata, ada kelemahan tertentu di peringkat sekretariat dan sekiranya perkara itu telah ditangani dengan baik dan pihak sekretariat berbincang secara bersemuka dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), usaha untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak akan menemui kegagalan.