BAGAN DATUK - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa menjadi mangsa sabotaj pihak tidak bertanggungjawab dengan penyebaran mesej palsu pada Sabtu.
Ia selepas tular satu mesej yang mendakwa pengundi akan menerima RM100 sebagai penghargaan sokongan kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).