PRU15: Ahmad Idham, Eizlan nafi aktiviti kempen hanya lakonan

Iklan
Ahmad Idham dan Eizlan serius untuk berkhidmat kepada masyarakat.

PORT DICKSON -"Kami berlakon dalam industri, tapi bukannya berlakon dalam masyarakat".

Demikian respons pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan rakan artisnya Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung tuduhan sesetengah pihak yang aktiviti mereka turun padang berjumpa dengan masyarakat sepanjang tempoh berkempen adalah lakonan semata-mata.

Iklan
Iklan

Malah mereka yang bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket parti Pejuang juga menyifatkan orang politik lagi pandai berlakon berbanding mereka sendiri.

Ahmad Idham yang merupakan calon Parlimen Port Dickson berkata, dia hanya membuang masa dan menyusahkan diri jika apa yang dilakukan sepanjang berada di Port Dickson sekadar lakonan semata-mata.

Iklan

"Kenapa pula saya nak susahkan diri berlakon untuk berkhidmat kepada masyarakat. Apa rasionalnya saya nak buat macam itu?" soalnya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Ceramah Siri Pembongkaran di Kampung Tampin, Linggi di sini pada Rabu.

Ahmad Idham (empat dari kiri) dan Eizlan (tiga dari kiri) bersama pengundi di Port Dickson.

Jelasnya, untuk berkhidmat kepada masyarakat ia perlu datang dari hati yang jujur dan dia serius mahu berkhidmat untuk masyarakat Port Dickson.

Iklan

Eizlan yang merupakan calon Sabak Bernam pula berkata, ada ahli politik yang lebih pandai berlakon daripada mereka dan boleh diangkat sebagai pelakon terbaik sepanjang zaman.

"Kami ini hanya berlakon dalam industri. Kita tak pandai nak berlakon dalam masyarakat dan rasanya ada segelintir ahli politik lagi pandai berlakon daripada kami.

"Kami yang pelakon ini pun boleh tertipu dengan lakonan orang politik. Niat kami nak berkhidmat untuk rakyat dan tiada sebarang agenda," katanya.

Tambahnya, tidak adil mengatakan mereka sekadar berlakon untuk menjadi ahli Parlimen hanya disebabkan kerjaya hakiki selama ini adalah seorang pelakon.