PRU15: Polis kesan perosak papan iklan Fahmi Fadzil

Iklan
Kejadian papan iklan dirosakkan turut dikongsi Fahmi Fadzil menerusi akaun TikToknya.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pihak bertanggungjawab menampal perkataan mengaibkan pada papan iklan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) milik penyandang Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun sekitar jam 12.55 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Pengadu merupakan timbalan ketua salah satu parti politik di Lembah Pantai telah menerima satu maklumat di dalam grup WhatsApp menunjukkan dua papan iklan gambar calon Pakatan Harapan (PH),Fahmi Fadzil ditampal pelekat perkataan mengaibkan.

Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Iklan

Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi talian Hotline Polis Brickfields, 03-2297 9222; Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115 9999 atau mana-mana balai berhampiran.

"Pihak Polis mengingatkan kepada semua yang terlibat semasa PRU15 supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu proses demokrasi negara ini," tegas beliau.

Iklan