Tentera tahan 16 PATI warga Myanmar di sempadan Malaysia-Thailand

Iklan
Semua PATI dihantar ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. - Foto ATM

BUKIT KAYU HITAM - Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal memasuki negara ini melalui lorong tikus apabila ditahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan negara Malaysia-Thailand, dekat sini pada Isnin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pasukan operasi yang melaksanakan rondaan mengesan pergerakan sekumpulan individu mencurigakan di laluan Sungai Tangga pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota ATM berjaya menahan kesemua PATI itu yang bersembunyi di kawasan belukar di dalam kebun getah di kawasan Kemajuan Tanah Bukit Tangga.

"Hasil pemeriksaan mendapati 16 PATI lelaki berumur 19 hingga 51 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya pada Isnin.

Iklan
Semua PATI warga Myanmar yang ditahan menerusi tangkapan di bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Jelasnya, tentera merampas sembilan buah telefon bimbit, 13 kad pengenalan diri warga Myanmar, lima beg pakaian dan sejumlah mata wang Malaysia, Thailand dan Myanmar.

"Keseluruhan rampasan bernilai RM4,519 dan semua PATI dihantar ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Pasukan operasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI," ujar kenyataan itu lagi.