Rompak stesen minyak guna pistol mainan
Iklan
Polis merampas sebuah kereta, telefon bimbit dan pakaian yang dipakai oleh suspek untuk siasatan lanjut. - Foto PDRM
KUBANG PASU - Tiga lelaki melakukan rompakan berkumpulan dipercayai menggunakan pistol mainan di sebuah stesen minyak di Kodiang, pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam kejadian 4.15 pagi itu, suspek berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM2,700.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 27 tahun berjaya ditahan di sekitar Jitra dan Changlun jam 1 hingga 3 petang pada hari yang sama.
"Dalam kejadian rompakan itu, dua suspek masuk ke dalam stesen minyak dan terus menuju ke arah juru pam dan mengacukan pistol.
Iklan
"Juru pam berusia lingkungan 20-an itu kemudiannya menyerahkan wang RM2,700 selepas diarahkan oleh suspek.
"Selepas berjaya mengambil wang, mereka terus melarikan diri dengan memecut laju kereta Proton Satria biru yang dipandu oleh seorang lagi rakan suspek yang menunggu di dalam kereta," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.
Iklan
Rodzi berkata, polis merampas sebuah kereta, tiga unit telefon bimbit dan pakaian yang dipakai oleh suspek untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek berusia itu mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
"Polis kini mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan memiliki senjata api disyaki pistol mainan yang digunakan semasa melakukan rompakan tersebut," jelas beliau lagi.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.