PRU15: Tumpu pembangunan infra dan wujud kawasan residensi

Iklan
Eddin Syazlee (dua kanan) ketika Walkabout di Pekan Ahad pada Ahad.

KUALA PILAH - Pembangunan infrastruktur dan mewujudkan kawasan residensi antara misi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN), Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Malah jelas Eddin Syazlee,ia dijangka memberi pulangan ekonomi kepada bakal pelabur di daerah ini pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Sebagai contohnya, pembinaan jalan raya dari Kampung Langkap lalu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Beting,Kuala Pilah seterusnya ke Bandar Seri Jempol sedang dilaksanakan dim ana sudah lantik konsultasi," katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Walkabout di Pekan Ahad pada Ahad.

Eddin Syazlee (dua kiri) ketika Walkabout di Pekan Ahad pada Ahad.

Katanya, apabila adanya pembangunan infrastruktur yang terancang tidak mustahil daerah ini maju selain mengambil kira soal pembangunan pendidikan dan sosial.

Iklan

Dalam pada itu, Eddin Syazlee menjelaskan kesihatannya semakin bertambah baik, namun, perlu menghadkan jadual sepanjang tempoh berkempen pada PRU15 ini.

"Alhamdullilah, kesihatan saya semakin baik cuma pergerakan tidak seperti dahulu dan perlu menghadkan jadual kempen setakat lima program sehari.

Iklan

"Jika sewaktu Hari Penamaan Calon saya bertongkat kini saya sudah tidak memakai tongkat untuk berjalan.

"Apa yang penting jentera telah mengkordinasikan kempen di sini dan saya mengucapkan terima kasih kerana mereka memberi kerjasama dengan PN. Saya berharap keadaan kesihatan bertambah baik dan menerima sambutan baik memberangsangkan daripada rakyat Kuala Pilah,” katanya.