Banjir: 40 penduduk dipindahkan di Perak

Iklan
40 penduduk daripada tujuh keluarga di dua kawasan DUN Perak dipindahkan berikutan keadaan banjir sejak Sabtu. - Gambar hiasan

IPOH - Seramai 40 penduduk daripada tujuh keluarga di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipindahkan berikutan keadaan banjir sejak Sabtu.

Kawasan terlibat adalah Kampung Permatang Kerian, Sungai Tinggi dalam DUN Trong dan Kampung Lorong Mesra, Batu 7 1/2 di DUN Changkat Jong.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, 10 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Matang Merbau, Sungai Tinggi yang dibuka jam 3 petang pada Sabtu.

Sementara 30 mangsa lagi dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Batu 8 bermula pagi Ahad.

Iklan
Iklan

"Semua mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya.