Rasuah agak serius dalam semua lapisan pentadbiran: Hannah

Iklan
Hannah Yeoh. Foto SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

KUALA LUMPUR - Calon ahli Parlimen Segambut dari Pakatan Harapan (PH), Hannah Yeoh mendakwa rasuah di Malaysia tahapnya agak serius dalam semua lapisan pentadbiran di samping telah menjadi cara hidup kepada mereka yang mengamalkannya.

Disebabkan itu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mahu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebuah organisasi yang kuat, mempunyai kuasa mengambil tindakan dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Iklan
Iklan

Hannah yang merupakan penyandang Parlimen Segambut turut menyifatkan rasuah boleh mendatangkan maut sekiranya tidak ada ketelusan dalam setiap urusan.

"Walaupun rasuah RM1 ke, RM1 juta ke, RM1 bilion ke, akhirnya kalau kita tak hapuskan rasuah, boleh mendatangkan maut kepada rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya Hannah Yeoh calon Harapan di Segambut berikrar akan melawan rasuah habis-habisan di Parlimen dan jika diberi kuasa di Putrajaya,” tegasnya.