Penduduk Long Pasia teruja miliki rumah SPRP
Iklan
Ray antara penerima rumah panjang menerusi SPRP di Long Pasia, Sipitang.
SIPITANG - Kos pengangkutan untuk membawa bahan binaan rumah yang tinggi antara punca segelintir penduduk di Kampung Long Pasia mengambil inisiatif membeli rumah menerusi Program Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) yang dilaksanakan di kampung itu.
Rumah panjang dua blok dengan 20 pintu itu kini siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada kira-kira 20 keluarga dari kampung berkenaan yang rata-rata mereka adalah petani.
Iklan
Iklan
Menurut salah seorang penerima, Ray Laban, 56, perjalanan selama tujuh jam dari Pekan Sipitang dengan keadaan jalan yang tidak berturap menyebabkan sebahagian penduduk tidak mampu untuk membeli bahan binaan untuk rumah membina rumah sendiri.
"Keadaan jalan yang kurang baik dan jauh lebih 100 kilometer menyebabkan kos pengangkutan untuk membawa bahan binaan seperti bata, simen dan sebagainya sangat tinggi.
Iklan
"Kos untuk membina rumah meningkat sekali ganda. Contohnya harga rumah panjang ini bernilai RM75,000 bagi satu pintu tapi kalau bina sendiri kosnya akan meningkat lebih sekali ganda iaitu boleh mencecah hampir RM200,000 dan sudah tentu kami yang bekerja biasa ini tidak mampu," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis penyerahan SPRP di Kampung Long Pasia, di sini, pada Jumaat.
Majlis perasmian dan penyerahan itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob selain turut dihadiri calon Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.
Iklan
Sehubungan itu, Ray berkata, dengan terbinanya rumah itu dia bersyukur kerana bukan saja mendapat rumah yang lebih murah tetapi selesa untuk keluarga kecilnya.
Sementara itu, Isnin berkata, perumahan ini adalah salah satu lagi usaha kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar menerusi pembinaan rumah panjang yang pertama di Sabah.
Isnin (depan) melawat rumah panjang yang dibina untuk penduduk di Kampung Long Pasia.
"Kerajaan mahu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan menerusi rumah yang disediakan kerajaan dengan kos yang sederhana, mampu milik dan selesa.
"Kos untuk sebuah ini cuma RM75,000 dengan bayaran minimum tanpa faedah untuk mereka yang kurang berkemampuan," katanya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.