'Rasuah harus dihentikan serta-merta' - Kajendran
Iklan
KLANG - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, Kajendran Doraisamy menggesa agar gejala dan amalan rasuah di negara ini dihentikan serta-merta.
Beliau berkata, perbuatan rasuah yang berlaku sejak dahulu hingga sekarang ini akan membantutkan perkembangan dan pembangunan negara.