Rosol jawab tuduhan masih 'berjiwa UMNO'
Iklan
Rosol (berdiri) berbual dengan salah seorang penerima Bantuan Pencen Rakyat, OKU dan Ibu Tunggal DUN Manir di Kuala Terengganu pada Rabu.
KUALA TERENGGANU - Datuk Rosol Wahid menyifatkan tuduhan beliau masih berjiwa UMNO sebagai satu provokosi, dalam masa sama menganggap pihak lawan seolah-olah tiada modal untuk memburukkannya.
Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu yang juga calon Pas Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, tiada isu beliau masih berjiwa UMNO sepertimana kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dan ia tidak lain hanyalah untuk melemahkan beliau khususnya di hadapan rakyat terutama penyokong Pas.
Iklan
Iklan
"Saya menghormati Tan Sri Idris Jusoh sebagai ‘sifu’ saya yang banyak mengajar cara mengurus dan juga menjadi pemimpin. Sebelum saya berhijrah parti, saya dah maklum kepada beliau dan pada peringkat awal dia bersetuju saya berhijrah daripada UMNO kepada Bersatu.
"Kalau dia kata saya masih berjiwa UMNO walaupun bersama Pas, itu adalah provokasi sebab saya nampak tiada isu orang nak ‘serang’ saya berkaitan rasuah, tidak berakhlak, isu projek dan sebagainya setakat ini sejak 1999 lagi, alhamdulillah.
Iklan
"Pembangkang akan mencari satu benda (isu) untuk melemahkan saya. Paling penting saya berhijrah daripada satu kelompok yang dipimpin oleh mereka yang tidak amanah kepada kelompok yang setakat ini amanah,” katanya kepada media selepas bertemu penerima Bantuan Pencen Rakyat, OKU dan Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kompleks Al-Kawthar Kubang Lembek, Manir di sini pada Rabu.
Rosol juga menyifatkan penghijrahannya itu sangat dianjurkan oleh agama Islam ke arah yang lebih baik.
Iklan
Pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Besut Tan Sri Idris Jusoh berkata, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu adalah individu yang berjiwa UMNO.
Atas sebab itu, Idris melihat Perikatan Nasional (PN) sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu mendakwa, Pas Hulu Terengganu berat hati bekerja untuk memenangkan Rosol.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>