'BN sedia komputer riba percuma M40, guru jika menang'

Iklan
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) beramah mesra bersama pengundi pada Program Budi Disanjung Parlimen Sungai Besar di Parit 16 pada Selasa.

SUNGAI BESAR - BN bersedia menyediakan kemudahan komputer riba kepada golongan M40 dan semua guru sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran baharu itu antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam manifesto jika BN kekal mentadbir negara.

Iklan
Iklan

Calon BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam ucapannya pada program itu meminta BN memberi tumpuan menyediakan komputer riba percuma kepada golongan M40 dan guru sama seperti dinikmati B40.

Ahmad Zahid berkata, kemudahan komputer riba amat diperlukan terutama guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Iklan

"Begitu juga dengan anak-anak golongan M40 yang juga perlu dibantu bagi memudahkan proses pembelajaran," ujar beliau.

Menurutnya, selain pemberian komputer riba, parti itu juga ingin memastikan nasib petani dan pesawah di Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang diberi perhatian serius.

Iklan

"Apabila BN diberi mandat, nasib golongan ini pastinya akan lebih terbela dengan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi," katanya.

Pada Isnin, BN mengumumkan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta (PADU) sebagai tawaran untuk rakyat bagi PRU15.

Ahmad Zahid berkata, PADU ialah tawaran baharu yang segar daripada BN kepada rakyat Malaysia mengandungi 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.