PH terima lima laporan bahan kempen dirosakkan
Iklan
Fahmi
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menerima lima laporan berkenaan bahan kempen calon yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
Antara kawasan terlibat ialah Permatang Pauh, Putrajaya, Gopeng, Bagan Serai dan Segambut.
Iklan
Iklan
"Di Segambut, papan iklan besar Hana Yeoh telah ditoreh, Permatang Pauh gegantung yang ada gambar Nurul Izzah dipotong manakala di Gopeng papan iklan besar juga telah dikerat,” katanya pada sidang akhbar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di sini pada Selasa.
Beliau yang juga calon Parlimen Lembah Pantai berkata, laporan polis telah dibuat dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dapat dikesan serta dikenakan tindakan.
Iklan
"Semua calon telah bayar deposit dan berhak untuk meletakkan bahan-bahan kempen termasuk bendera, poster, gegantung dan papan iklan besar. Jadi janganlah dengki sangat,” ujarnya.
Tambah beliau, sekiranya insiden merosakkan bahan kempen melibatkan calon PH berlaku di kawasan lain, pihaknya menyarankan agar laporan polis dibuat segera.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon" /><meta itemprop="description" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman. 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKSungaiBakap #PKR" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-06-02T04:21:55.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WOjEK1cN01hYKd5Zp/x180" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8zhtp0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8zhtp0"></script>