Aminuddin 'tertekan' bertanding Port Dickson

Iklan
Aminuddin beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang teruja berjumpa dengannya.

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui sedikit tekanan apabila dikatakan selesa kerana bertanding di kawasan kubu kuat PH.

Menurutnya, ia bukan semudah itu kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sukar dijangka ditambah pula Parlimen Port Dickson menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Iklan
Iklan

"Cuma berbanding calon-calon lain, saya ada sedikit kelebihan kerana saya anak tempatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Sepak Takraw anjuran Angkatan Muda Keadilan Port Dickson di Kompleks Belia Teluk Kemang di sini.

Aminuddin (empat dari kiri) pada Pertandingan Sepak Takraw anjuran Angkatan Muda Keadilan Port Dickson di Kompleks Belia Teluk Kemang.

Iklan

Menurutnya, kelebihan itu akan digunakan sebaik mungkin untuknya berkhidmat lebih baik kepada masyarakat Port Dickson.

Ujarnya, dalam tempoh dua minggu berkempen, beliau akan mengambil peluang untuk menyantuni seramai mungkin pengundi di kawasan itu.

Iklan

"Walaupun orang Port Dickson sudah mengenali saya kerana saya adalah Menteri Besar, tapi itu bukan alasan untuk saya tidak perlu turun padang berkempen," katanya.