[VIDEO] PRU15: Azwan batal hasrat lawan abang di Gombak
Iklan
GOMBAK - Selebriti sensasi, Azwan Ali, 56 membatalkan hasrat melawan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Azwan dilihat telah berada di lokasi pekarangan Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu namun tidak masuk ke dewan tersebut.
Menurut laporan sebuah portal berita, Azwan membuat keputusan tersebut selepas mendengar bisikan arwah ibu, Mak Tom.
"Saya minta maaf sebab terlalu ramai penyokong yang inginkan saya bertanding. Jadi maafkan saya, hajat anda tidak kesampaian. Saya minta maaf kerana keputusan saya mungkin mengejutkan semua," menurut laporan portal tersebut.
Azwan dilihat telah berada di pekarangan Pusat Penamaan Calon sejak awal pagi dengan berjubah merah.
Azwan (tengah) bersama penyokong Pakatan Harapan di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu pada Sabtu.